Flickr Feed

Sunday, November 26, 2017

Makanan Sihat : Edisi Keluarga


Siang dah makan TCRS, malam puas la fikir nak masak apa. Kebetulan di Tesco siang tadi berjaya membeli stok akhir lada benggala. Hehehe. Ayam tinggal lagi 4 ketul. Apa lagi, masa untuk berinovasi lah kan. 😍

Jangan ditanya menu ni nama apa. 🤔 sebab, waktu masak tak tau apa nama masakan ni. Mungkin bila dah siap makan baru dapat ilham nama kot. Hahaha 😂

Ha... ni gambar bila dah siap. Nasi putih 1 mangkuk,letak toyu sikit. Eh, lupa. Toyu ataupun kicap. Rangup je rasa lada benggala aka capsicum ni 😁

ni la hasil masakan. Nak resepi? Ha.. tengok kat bawah ni ya.




🌟Ayam Rempah Benggala Manis☀

Bahan: 

Ayam dipotong kecil. Gaulkan bersama garam,serbuk kunyit,rempah kari ayam dan sedikit tepung beras.
Ketepikan.

Potong nipis memanjang lada benggala. Dapat yang warna warni, berseri serilah masakan kita.

Goreng ayam sehingga masak. Ketepikan.

Dengan menggunakan minyak yang sama,tumis lada benggala, masukkan sedikit sos tiram,garam dan juga gula. Biarkan sebati dan tutup api.

Siap untuk dihidangkan. 

Makan dengan nasi panas, letak kicap skit. Fuh. Tak pandang yang lain dah. Fokus kat nasi je. Doa makan jangan lupa baca pulak. Hahaha.. 😂



Bayu Laut

About Bayu Laut

Nurulhayati Ramli @ Bayu Laut . Siapalah si bayu laut ini ye? Merupakan seorang yang biasa dan mencuba menjadi luar biasa. Sekali pandang tiada kata, berkali pandang jangan jemu mengutus senyuman. Dilahirkan di Perlis dan membesar di Kedah, kombinasi dua negeri ini kemudiannya digabungkan bersama-sama budaya di Kuala Lumpur dalam menempuh segala onak duri. "Bersegeralah menggunakan kesempatan yang ada, sebelum ia berubah menjadi suatu penyesalan." Jangan lupa masukkan e-mel anda pada ruangan di bawah untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan blog ini.

Subscribe to this Blog via Email :