Flickr Feed

Monday, October 23, 2017

REVIEW : MAKANAN KOREA DUBU - DUBU


Apa kata Kami berkenaan Makanan Korea di DUBU - DUBU Midvalley. Ini betul - betul cobaan...

Lama weh teringin nak merasa makanan Korea nih. Lagi lagi semenjak menonton satu channel korea di Hypp TV. Penangan media sosial ni sangat dahsyat tau. Hahaha

Alkisah bermulalah, setelah seharian membeli barang keperluan di Midvalley, singgahlah kami di Dubu Dubu. Tanpa sebarang persediaan, masuk aja ke kedai tersebut, terus minta cadangan menu daripada pekerja di situ. Tengok kiri  tengok kanan ramai yang datang adalah cina, korea dan beberapa orang melayu yang peminat tegar cerita korea barangkali...hahaha..

Antara menu yang kami order adalah seperti resit di bawah..jelas tak atau hanya nampak harga sahaja......huhuhu


Nah hidangan dah sampai...untuk dimakan oleh 3 dewasa  3 kanak - kanak...

















Yang pasti nasinya adalah nasi perang...
Rasanya agak sedap jugaklah nasi perang ni.. Nasi ini adalah makanan sihat dan cara pemakanan orang korea lebih kepada sayur sayuran dan kurang protein. Mungkin sebab itulah mereka sihat. Huhuhu... so kita kena belajar makan makanan sihat yeaa cumanya ayamnya manis kerana dimasukkan madu.

Apa yang bestnya adalah air teanya adalah air tea herba tanpa gula jika amalkan selalu pasti sihat...




Tengok tuh anna afina selera je makan..Sedap sangat sangat sebab ayamnya manis madu..




Bayu Laut

About Bayu Laut

Nurulhayati Ramli @ Bayu Laut . Siapalah si bayu laut ini ye? Merupakan seorang yang biasa dan mencuba menjadi luar biasa. Sekali pandang tiada kata, berkali pandang jangan jemu mengutus senyuman. Dilahirkan di Perlis dan membesar di Kedah, kombinasi dua negeri ini kemudiannya digabungkan bersama-sama budaya di Kuala Lumpur dalam menempuh segala onak duri. "Bersegeralah menggunakan kesempatan yang ada, sebelum ia berubah menjadi suatu penyesalan." Jangan lupa masukkan e-mel anda pada ruangan di bawah untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan blog ini.

Subscribe to this Blog via Email :