Flickr Feed

Monday, October 9, 2017

CINTA ITU PERLUKAN MASA,RUANG DAN PELUANG



Lamanya rasa tak bersiaran di ruangan maya ni. Alhamdulillah, masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas.

Hujung minggu yang lalu, berkesempatan meraikan majlis perkahwinan sahabat tempat kerja yang lama. Gembiralah dua Anna dan seorang Abdullah tu. Almaklumlah ini kali pertama mereka menghadiri majlis perkahwinan antara dua kaum di Malaysia. Bukan setakat mereka, kami pun sama. KALI pertama.

Saat tiba masanya menghadiri majlis meraikan pasangan tersebut, terimbas di memori kisah mereka. Pernah tular suatu ketika dulu, namum semuanya telah dapat di atasi. Semangat, kesungguhan si lelaki dalam mempelajari agama Islam sangat di terserlah. Walaupun pada saat itu, hanya di awal tempoh perkenalan, sang arjuna telah memulakan langkah dalam memahami Islam. Pernah suatu ketika sang arjuna pernah berkata: " Cik Nurul, saya tak mau orang kata saya memeluk Islam disebabkan saya ingin berkahwin, saya nak memeluk Islam kerana saya betul betul faham akan ajarannya."

Apa rasa anda bila mendengar susunan ayat yang diaturkan oleh sang arjuna itu? Alhamdulillah... Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah perjalanan sang arjuna ini dalam menemui cintaMu...

Kami pernah sama- sama belajar alif ba ta saat bekerja pada shift petang, sambil menunggu panggilan daripada pelanggan. Almaklumlah, panggilan di pusat panggilan bermusim, ada kalanya panggilan sangatlah banyak, sampai tak menang mulut. hehehe. Untuk makluman, dahulu kami sepasukan di dalam contact centre (pusat panggilan) di salah sebuah syarikat telekomunikasi yang terkenal di Malaysia.

Setelah hampir tiga tahun tidak berjumpa, dimaklumkan bahawa akhirnya sang arjuna telah berjaya mendapat keizinan daripada ibubapa pujaan hati dan dalam masa yang sama telah memeluk Islam empat tahun yang lalu. Alhamdulillah, dipermudahkan perjalanannya.

Sebab itulah, dikatakan cinta itu perlukan masa, ruang dan peluang. Andai sudah tiba masanya, pasti akan bersatu jua.

Sekian perkongsian kali ini.

😉


Bayu Laut

About Bayu Laut

Nurulhayati Ramli @ Bayu Laut . Siapalah si bayu laut ini ye? Merupakan seorang yang biasa dan mencuba menjadi luar biasa. Sekali pandang tiada kata, berkali pandang jangan jemu mengutus senyuman. Dilahirkan di Perlis dan membesar di Kedah, kombinasi dua negeri ini kemudiannya digabungkan bersama-sama budaya di Kuala Lumpur dalam menempuh segala onak duri. "Bersegeralah menggunakan kesempatan yang ada, sebelum ia berubah menjadi suatu penyesalan." Jangan lupa masukkan e-mel anda pada ruangan di bawah untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan blog ini.

Subscribe to this Blog via Email :

2 comments

Write comments
muhammad
AUTHOR
November 24, 2017 at 4:57 PM delete

Ya betul tu. Kena start slow2. Lepas dh lalui macam2 barulah cinta tu boleh datang.

Reply
avatar
Bayu Laut
AUTHOR
November 26, 2017 at 2:03 AM delete

kan.. biasa orang selalu cakap cinta tidak boleh dipaksa,kan.

Reply
avatar