Flickr Feed

Sunday, August 27, 2017

RESEPI SPECIAL SALMON LEMAK BAYAM

Assalamualaikum,
Lama tak menjengah blog ni, rindu rasanya.
Ada ke Orang Pantai Dalam kat sini. Kebetulan ni hari Ahad, pasar pagi kat kawasan Pantai Dalam ni.
Setelah ke sana, bergerak pula ke TESCO EXTRA CHERAS untuk membeli barang keperluan anak. Sesampai sahaja di sana, nampak pulak promosi IKAN SALMON. Lebih kurang RM20 sekilo. Hehehehe, macam menarik je.

Kebetulan semalam ke Bens Independent Grocer dan ada beli Baby Spinach dan di pasar pagi tadi ada beli santan fresh. Dah tergambar di kepala apa nak masak kejap lagi.

Bila dah masak dan rasa, baru berani nak share resepi.

SALMON LEMAK BAYAM

 

Maafla, gambar tak berapa menarik. Tapi, rasanya dijamin, UMPPPH~~~
 Bahan bahan :

Kepingan ikan Salmon - 2 keping (RM8.00++)

Baby Spinach - 1 bekas (RM3.50++)

Santan - 250g (RM2.50)

Bawang Putih - 2 ulas

Bawang Merah - 1 ulas

Serbuk lada hitam - secukup rasa

Garam - Secukup rasa (untuk ikan dan lemak bayam)

Italian herbs - Secukup rasa (untuk ikan dan lemak bayam)

Minyak - Secukupnya untuk menumis

Cara cara memasak :

SALMON

1. Ambil kepingan Salmon
2. Taburkan garam, italian herbs dan juga serbuk lada hitam
3. Gaulkan
4. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
5. Masukkan kepingan Salmon , masak
6.Ketepikan.

LEMAK BAYAM

1. Masukkan sedikit minyak di dalam kuali
2. Tumis bawang putih dan bawang merah
3. Masukkan santan
4. Masukkan baby spinach
5. Masukkan garam, serbuk lada hitam dan juga italian herbs
6. optional : nak masukkan sedikit gula pun boleh.
7. Mendidih, siap.
8. Lemak bayam sudah sejuk, boleh kisarkan.

Lemak bayam setelah dikisar, tuangkan sedikit atas nasi putih panas. WALLAWEH

Bila digabungkan nasi, salmon lemak bayam. Makan sambil berebut dengan anak. Hahahaha

 APA YANG BESTNYA SALMON LEMAK BAYAM NI?

1. Masakan yang sangat berkhasiat, Kaya dengan Omega 3, zat besi.
2. Boleh dinikmati seisi keluarga. Anak daripada setahun ke atas boleh makan sama-sama tau.
3. Jimat masa masak sebab masak sekali boleh makan seisi keluarga.
4. Jimat WANG.  Kos untuk memasak lebih kurang dalam RM15 sahaja tetapi boleh dinikmati seramai 5 orang.

Selamat mencuba.






Bayu Laut

About Bayu Laut

Nurulhayati Ramli @ Bayu Laut . Siapalah si bayu laut ini ye? Merupakan seorang yang biasa dan mencuba menjadi luar biasa. Sekali pandang tiada kata, berkali pandang jangan jemu mengutus senyuman. Dilahirkan di Perlis dan membesar di Kedah, kombinasi dua negeri ini kemudiannya digabungkan bersama-sama budaya di Kuala Lumpur dalam menempuh segala onak duri. "Bersegeralah menggunakan kesempatan yang ada, sebelum ia berubah menjadi suatu penyesalan." Jangan lupa masukkan e-mel anda pada ruangan di bawah untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan blog ini.

Subscribe to this Blog via Email :