Flickr Feed

Monday, July 24, 2017

Mencari dan dicari . Mana satu pilihan anda?

Hai hai hai..

Hari ni coretan dibuat pada waktu tengahari, sambil menanti masuknya waktu solat Zohor di kawasan ini.

Andai diberikan pilihan, mana satukah yang menjadi pilihan ?

MENCARI atau DICARI 

Ada banyak perspektif sebenarnya topik ini. Sama ada kerjaya, perniagaan , mahupun personal. Hari ini, saya ingin kupaskan berkenaan kerjaya. Semoga kupasan ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua. Kenapa? Kerana saya juga seperti anda. Hehehe. Bekerja demi kelangsungan hidup. 😀

 Baiklah. Sebenarnya apa yang kita inginkan, adakah kita ingin mencari pekerjaan ataupun pekerjaan mencari kita. Kebiasaannya, kita akan bermula mencari pekerjaan yang sesuai tatkala menghabiskan pengajian mahuoun sedang dalam fasa terakhir sebelum menghabiskan pengajian kita. Betul tak? Pada ketika itu, apa yang kita fikirkan adalah cepat mencari pekerjaan bagi membayar kembali hutang pengajian dan membalas kembali segala jasa ibu dan ayah serta mula untuk memegang duit sendiri. Berapa ramai di sini yang menjadi peminjam PTPTN / Mara ?

Bagi yang inginkan kerjaya mencari anda, sudah pasti anda mempunyai nilai tambah di dalam sesuatu bidang yang menyebabkan majikan itu sendiri memilih dan mencari anda. Tak gitu? Macam mana nak ada nilai tambah itu adalah bergantung pada setiap individu. Ada kalanya berdasarkan "recommendation" , pengalaman kerja dahulu, sijil tambahan yang dimiliki , daya kepimpinan dan banyak lagi. Jadinya, sewaktu memulakan kerja, binalah hubungan yang baik dengan rakan sekerja. Insya Allah pasti membantu anda. Sentiasa bersedia untuk belajar perkara yang baharu dan bersedia dengan segala cabaran.

Jangan takut
Usah Gentar
Itu Tok Janggut
Bukannya Wak Mustar

hehehe.. lawak aje la pantun tu.

Anda pilih mana satu ?

MENCARI atau DICARI?


 

Bayu Laut

About Bayu Laut

Nurulhayati Ramli @ Bayu Laut . Siapalah si bayu laut ini ye? Merupakan seorang yang biasa dan mencuba menjadi luar biasa. Sekali pandang tiada kata, berkali pandang jangan jemu mengutus senyuman. Dilahirkan di Perlis dan membesar di Kedah, kombinasi dua negeri ini kemudiannya digabungkan bersama-sama budaya di Kuala Lumpur dalam menempuh segala onak duri. "Bersegeralah menggunakan kesempatan yang ada, sebelum ia berubah menjadi suatu penyesalan." Jangan lupa masukkan e-mel anda pada ruangan di bawah untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan blog ini.

Subscribe to this Blog via Email :