Flickr Feed

Monday, May 1, 2017

MOBILE SPA: ZYAALYSSA

Selamat Hari Pekerja (1 Mei 2017)


Cuti umum hari ni tak ke mana-mana pun. Perancangan awal di atur untuk memamjakan diri di rumah. Almaklumlah, kali terakhir berspa, buat facial menggunakan peralatan spa hampir 6 tahun yang lalu. Lama kan, hahha. Nak ke spa, susah la pulak nak tinggalkan anak-anak.

Kebetulan berkenalan dengan kak Yanti, dan dimaklumkan beliau juga secara sambilan (selain mengambil tempahan kek) melakukan servis mobile spa. Umpama orang yang mengantuk disorongkan bantal la kan. Apa lagi, teruslah pilih tarikh yang sesuai, dan alhamdulillah,  ada kekosongan slot.

Ada banyak tau pakej yang disediakan. Pilihlah mana yang berkenan di hati.


Combo treatment : Saya pilih Pakej Jimat RM120


Ala Carte Price : Saya ambil Sauna Herba. Lama sungguh tak bersauna ni ☺
Rawatan terbaru : Paling terbaik dan mendapat permintaan panas adalah Tungku Sungai Herba

Ha, berdasarkan list di atas, dan setelah dibuat pertimbangan, saya pun pilihla Sauna dan Pakej Jimat tersebut.

Hari yang dijanjikan, Kak Yanti pun sampai on time. Selepas itu, sesi dimulakan dengan bersauna dahulu. Hai hai hai, bestnya rasa. Berpeluh-peluh umpama mandi. Hahaha, sedap dan ringan je rasa. Sesi tersebut selama 25 minit. Alang dah buatnya di rumah, suami pun join sekali. Pakat -pakat nak ringankan badan la kekononnya. Hehehe. 

Seusai sesi sauna, sambung pulak sesi facial dan urutan. Ha, yang ni sang suami tak join pun, beliau tolong tengokkan anak-anak. Almaklumlah, angkatan dengan kekuatan 3 orang anggota perlukan juga pengawasan Hihi. ッSesi ni pun terbaik. Lepas je sapu masker, boleh pulak tertidur. Mana taknya, sejuk dan rileks je rasa. Sedar-sedar, masker ditanggalkan. Sesi diakhiri dengan minyak aura seri. Eh, jangan risau. Tak adanya bacaan mentera-mentera apa semua ni. Ha, lupa. Sewaktu sesi cuci , digunakan satu alat yang mengandungi ion positif. Fungsi ion ni adalah untuk menarik keluar ion negatif daripada lapisan kulit kita dan membantu pembersihan yang lebih dalam. 

Seriously, lepas je dah habis sesi tu, badan rasa segar, ringan , tenang dan boleh masak dengan gumbira. Hahaha. Anak-anak ada di sisi, mak boleh tampil menawan. 


Sekiranya berminat untuk mencuba mobile spa ni, boleh hubungi Kak Yanti, 0124541369. Area KL dan Selangor sahaja ya. Bila lagi nak manjakan diri kan. Disarankan untuk mencuba. Kak Yanti pun mesra, jadinya sesi spa hari ni tak terasa lama pun. 


Bayu Laut

About Bayu Laut

Nurulhayati Ramli @ Bayu Laut . Siapalah si bayu laut ini ye? Merupakan seorang yang biasa dan mencuba menjadi luar biasa. Sekali pandang tiada kata, berkali pandang jangan jemu mengutus senyuman. Dilahirkan di Perlis dan membesar di Kedah, kombinasi dua negeri ini kemudiannya digabungkan bersama-sama budaya di Kuala Lumpur dalam menempuh segala onak duri. "Bersegeralah menggunakan kesempatan yang ada, sebelum ia berubah menjadi suatu penyesalan." Jangan lupa masukkan e-mel anda pada ruangan di bawah untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan blog ini.

Subscribe to this Blog via Email :