Flickr Feed

Thursday, April 13, 2017

Temuduga : Universiti Islam Malaysia (UIM)

Bismillahirrahmaanirrahim...
Coretan hari. Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk mencoret sedikit sebanyak memori buat kenangan.ツ

13 April 2017

Ditawarkan untuk menghadiri sesi ujian bertulis dan temuduga bagi jawatan Penolong Pendaftar - Kolaborasi dan Jaringan Industri. Rasanya dalam awal tahun hari tu kot apply untuk jawatan ni, tup tup dapat e-mel tentang tawaran ni. Alhamdulillah,umpama orang mengantuk disorongkan bantal la kan. hahaha

Apa lagi, dua hari sebelum tarikh ni pun dah siap siap pilih baju nak pakai. hahaha,excited sungguh la kan. Ditakdirkan, pada hari kejadian, ketiga tiga anak bagun awal pagi; 4 pagi. Maka berhuhulah daku. Pagi ni, kami berdua ke destinasi yang sama, tapi berlainan kenderaan. hahaha. lamanya tak drive ke Cyberjaya. Sejak 2015, tinggalkan Cyberjaya sampailah hari ni, baru berkesempatan memandu sendiri ke sana.

Singgah sebentar ke kafe MAMPU. Imbas kenangan betul. Lepas rindu kat air dengan masakan di sana. Sempat breakfast dengan nasi goreng kt kedai Abg Jalil


teh tarik kurang manis + air suam + nasi goreng telur mata. Cuba teka harga nasi + telur mata berapa? hahaha
Seusai sampai di sana, dah siap parking kereta apa semua, teruslah daku mendaftarkan diri di kaunter mak gad. Ditunjukkan arah untuk sesi ujin bertulis. Namun sebelum tu, daku menuju ke surau dahulu. Selesaikan apa yang patut. Kebetulan, terjumpa seorsng pelajar PHD yang memaklumkan selalu hadir ke perpustakaan di situ bagi mendapatkan sumber rujukan. Barulah daku tau yang ada ramai jugak student yang selalu berkunjung ke situ untuk mendapatkan maklumat. Ok settle bab kat surau.

9.50 dah sampai ke tingkat 3, tempat di mana sesi ujian bertulis akan di adakan. Amboi, dup dap dup dap weh. Masuk je dalam bilik kuliah tu, semua orang pakat tengok. hahaha, umpama lewatnya ko datang...eh ? hihihi.

Ramai yang hadir untuk sesi ni, dalam 20 orang. Semua yang hadir hebat hebat belaka. 10 pagi, diberikan kertas soalan dan 10.40 dimaklumkan waktu ujian tamat dan kertas jawapan akan dikutip.
Soalannya? hahaha, ingat ingat lupa dah weh. Huraian fenomena dewasa ini dan cara atasi. Lebih kurang macam tu la.

Antara peserta Ujian bertulis
10.40 kertas jawapan diambil dan dimaklumkan 11.30 keputusan akan dimaklumkan semula. Tepat 11.30 pagi semua berkumpul namun masih tiada lagi keputusan. (kat sini mungkin penambahbaikan perlu dilakukan)1.20 tengahari, keputusan ujian bertulis dimaklumkan dan guess what??? Alhamdulillah daku terpilih untuk kemperingkat seterusnya (interview) Ohhhhooooo hoi. Dup dap dup dap. Katanya mula pukul 2.30 petang, berkumpul di tingkat 3. Ermmm.... jujur daku katakan, betul betul tak berapa nak ready sebab x standby apa pun. Apa yang daku tahu,itulah yang akan daku jawab. (hopefully) 

Pukul 3 interview bermula dan daku dapat turn yang ke tiga.Ada 5  orang panel yang bagiku semua hebat hebat dan mantoop. Sesi interview yang berlangsung dalam suasana yang ceria. Best tau. Nak tau macam mana, try la gain experience diinterview di UIM nih. peserta interview seramai 12 orang. Ada yang datang dari Nilai, Johor dan sebagainya. Tak sempat nak sembang dengan semuanya. lagi lagi yang lelaki, segan la pulak. ahaha.

Dah habis sesi interview tu, singgah la sekejap jumpa kawan lama sambil COD ELLE facial Wash. Lama sungguh tak jumpa kak Sarah.  Pastu singgah pulak kat 1MOCC, jumpa sahabat sahabat lama, tak banyak perubahan. Alhamdulillah mereka semua sihat.

Bersama Kak Sarah
Ada sesiapa boleh share a few tips for interview? next week ada lagi ni... Wish me luck ya frens. 



Bayu Laut

About Bayu Laut

Nurulhayati Ramli @ Bayu Laut . Siapalah si bayu laut ini ye? Merupakan seorang yang biasa dan mencuba menjadi luar biasa. Sekali pandang tiada kata, berkali pandang jangan jemu mengutus senyuman. Dilahirkan di Perlis dan membesar di Kedah, kombinasi dua negeri ini kemudiannya digabungkan bersama-sama budaya di Kuala Lumpur dalam menempuh segala onak duri. "Bersegeralah menggunakan kesempatan yang ada, sebelum ia berubah menjadi suatu penyesalan." Jangan lupa masukkan e-mel anda pada ruangan di bawah untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan blog ini.

Subscribe to this Blog via Email :