Flickr Feed

Sunday, April 9, 2017

Kisah Kali Pertama Kereta Kena Towing




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hai.. buat apa tu? Nak share je pengalaman hari ni. First time kereta kena tow.

Pagi tadi dah siap turun ke kereta dengan anak2 bersemangat nak ke pertandingan mewarna. Mau tak excitednya,nak pergi jumpa kawan,kan. 

Mula nak buka pintu dah tak boleh buka secara auto,kena buka manual. Alamak,macam mana ni. Anak anak dah pakai cecantik nih,kereta tak boleh start pulak

Nak buka bonet depan untuk jumper pun xboleh. Haus buttonnya (kata #abgdyas) apalagi,teleponla etiqa auto assist. Ditanya sama ada gear boleh tukar ke N tak, handbrake, tayar boleh gerak ke tak. Pastu dia pun bgtau SMS akan dihantar untuk maklumat berikutnya. 50km etiqa cover untuk tunda ke bengkel. Etiqa ada tanya nak dihantar ke bengkel mana tau. So bgtau lah nak ke mana. 

Sambil tunggu,anak anak pun p la main kat taman. Bekal cekodok dan air masak habis kat taman tu je la sambil Abdullah duk tido dalam carrier Tugeda. Syoknya dia tido.😂 kita ni berpeluh weh. 

Tak lama lepas tu,trak tunda pun sampai. Dia tanya anak anak nak ikut sekali? Opkos la kan. Hahaha.
Bermulalah pengalaman,kereta ditunda. Selepas tayar dikunci,semua pakat naik trak tunda. 

Hahaha,first time. Tak tau nak kata apa.

Sesampai di bengkel, minta pihak proton check dan keputusannya... jeng jeng jeng...

Positiflah bateri kong. Hahaha. Apa lagi keputusan terbaik,tukar ajalah baterinya. Dimaklumkan tempoh waranti sama ada 20000km atau 1tahun. Mana yang terdahulu. Kos lebih kurang RM350+-.

Sekian sahaja cerita cikmerah di tow.

Kesimpulannya selalu lah check lampu kereta sebelum tinggalkan kereta anda. 
Kenalpasti bengkel mana yang anda ingin pergi ketika menghubungi pihak towing / insurans.
Duit awasan kena ada

Bayu Laut

About Bayu Laut

Nurulhayati Ramli @ Bayu Laut . Siapalah si bayu laut ini ye? Merupakan seorang yang biasa dan mencuba menjadi luar biasa. Sekali pandang tiada kata, berkali pandang jangan jemu mengutus senyuman. Dilahirkan di Perlis dan membesar di Kedah, kombinasi dua negeri ini kemudiannya digabungkan bersama-sama budaya di Kuala Lumpur dalam menempuh segala onak duri. "Bersegeralah menggunakan kesempatan yang ada, sebelum ia berubah menjadi suatu penyesalan." Jangan lupa masukkan e-mel anda pada ruangan di bawah untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan blog ini.

Subscribe to this Blog via Email :